Sunday, September 19, 2010
The Odyssey
The Odyssey
In the 10th Year of the Trojan War
Greeks tricked their enemies
to the wooden horse
within the walls of Troy
The Trojans were hidden inside
under the command of Odysseus
They emerged at the city gates
to the Greek army
Troy was destroyed
Now it was time for Odysseus
& the other Greeks
to their kingdoms across the sea
Here begins the tale
of the Odyssey,
as sung by the blind,
Minstrel Homer. K
Now,
we moved on
to the era of education
where people are still on a battlefield
in order to get to the top
Everyone wants to be the best
until they kill their friends
and also their love ones
In the end, what will become of you?
What everyone wishes
is people to work together
in order to achieve something
and become a team
Follow what is done
in the 10th year of the Trojan War
not your ego
and you will die in loneliness
The Odyssey
Pada tahun abad ke-10 apabila peperangan Torjan berlaku
Askar Yunani menipu mushnya
dengan adanya kayu kuda besar
dalam dinding-dinding Troy
Trojan bersembunyi di dalam
di bawah perintah Odysseus
Mereka muncul pada pintu gerbang bandar raya
untuk tentera Yunani
Troy hancur
Inilah masa Odysseus
& rakyat Yunani yang lain
untuk mereka merentasi laut & bangkit
Di sini bermula cerita
Odyssey,
seperti dinyanyikan oleh orang buta,
Merpati Utusan Pemuzik. K
Sekarang,
kami meneruskan
dan telah memasuki ke era pendidikan
di mana rakyat masih dalam sebuah medan pertempuran
untuk sampai yang paling atas
Semua orang mahu menjadi yang terbaik
sehingga mereka membunuh sahabat-handai mereka sendiri
dan juga siapa yang ada kaitan darah bersamamu
Akhirnya, apa telah terjadi kepadaku?
Semua berharap
rakyat bekerja bersama
supaya mencapai sesuatu
dan menjadi satu pasukan
Ikuti apa yang telah dicontohi
seperti pada tahun ke-10 Perang Trojan
bukan mengikut ego anda
dan kau akan mati keseorangan
16 September 2010
Monday, March 1, 2010
Sajak Air Tenang Menjadi Raksasa
Air laut yang sentiasa diberikan tenaga
apabila sesiapa insan melihatnya
gelombang yang selalu memukul pasir
Tiba-tiba ia dinamakan raksasa
Manusia hanya mengikut nafsu
tetapi mereka tidak sedari
betapa sedihnya Allah s.w.t membenci perbuatan
yang membuaknya itu
sentiasa memberikan peluang untuk berubah
tetapi mereka mengabaikan Allah s.w.t
lalu melakukannya sekali lagi
Gelombang yang menuju itu
begitu ganas dan kuat sekali
manusia tidak boleh mengelakkan
dan kita dapat mendengar tangisan anak-anak kita
kerna betapa kuat ia membawa insan ke dalam laut bersamanya
insan inilah tidak pernah mengenali kekuatan Tuhan kita
Dengan nama Allah yang maha Esa
Allah yang menentukan kehidupan
dan sesiapa yang mati
semua tidak tahu masanya nafas terakhir mereka
hanya tahu melakukan yang merosakkan diri sendiri
tanpa disedarinya
Aku meminta ampun atas semua
kesilapan yang telahku lakukan
Kerna sumua kejahatan yang aku buat
telah aku kesali
Allah s.w.t yang maha Pengampun
tidak merobohkan masjid
yang kian lama dibina
ini adalah peringatan Allah s.w.t
untuk selalu membuat kebaikan
tanpa insan itu disedari Allah s.w.t akan menyayangi kita
Siti Salmah Binte Hamid
Kesilapanmu Yang Tidak Aku Lupakan
Hari yang aku tidak akan lupakan. Peristiwa yang mengejutkan itu berlaku ketika aku masih di sekolah menengah lagi. Aku sedang berjalan ke sekolah. Aku lihat jam tanganku. ia menunjukku bahawa sekarang sudah pada pukul satu petang. Semasa aku jejak di bumi sekolah itu, aku ternampak seorang budak yang aku tidak kenali mahu pulang ke sekolah. Budak itu tidak pernah aku nampak di sekolah.
Namanya sendiri aku tidak tahu. Walau bagaimanapun,dia tidak mempunyai ramai kawan di sekolah dari kelihatannya. Aku pun tidak pernah menyebut satu perkataan padanya pun.
Aku ternampak bahawa dia sedang mengangkat banyak buku. Entah ke mana dia hendak pergi dengan buku-buku itu. Mungkin dia hendak pulang ke rumah dan mengulangkaji pelajarannya. Maklumlah, dia tidak bergaul dengan sesiapa pun di sekolah. Aku hairan. Aku terfikir-firkir, bolehkah dia mengulangkaji semua pelajaran dalam satu hari? Kalau begitu pun, ambillah mengikut mata pelajaran. Aku lihat lagi jam tanganku. Ia berteraskan pada hari Jumaat.
Akhirnya, aku berpendapat bahawa dia adalah seorang yang slenge dan belajar walaupun hari penggal itu hari cuti sekolah. Aku poun menoleh ke arah lain daripada memikirkan tentang kehidupan Hafiz.
Aku perlu fikirkan tentang rancangan hujung mingguku untuk mengadakan satu keramaian yang besar-besaran kerana kakakku akan ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya di Amerika Syarikat. Setelah itu, aku juga seorang ketua dalam sukan bola sepak. Justeru, aku harus rancang mengadakan satu pertandingan dengan rakan-rakanku kesokkan hari. Pertandingan ini akan bermula pada waktu petang kerana matahari yang sinar pada waktu pagi dan ia tidak bagus pada kulit kita ini.
Aku pun mengendahkan Hafiz dan berjalan menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan guruku untuk mengambil sesuatu daripadanya. Ketika aku berjalan, aku ternampak sekumpulan budak-budak menengah empat berjalan menuju ke arah Hafiz.
Budak-budak nakal itu berjalan ke arahnya dan mengacau Hafiz yang sedang mengangkat buku-buku yang berat itu. Mereka mengetuk buku-buku yang tinggi itu kerana mereka mahu Hafiz jatuhkannya. Apa yang mereka inginkan betul-betul terjadi dan Haifz terjatuh lalu termauk ke dalam kolam kecil yang mengandungi ikan-ikan kecil dan bertempuran kotoran alga.
Cermin matanya juga terlepas dari mukanya. Aku ternampak cermin matanya di rumput kecil yang berdekatan dengan kolam kecil itu. Dia mengenguk ke atas dan aku dapat lihat kesedihan dahsyat dalam matanya.
Jantungku keluar epada Hafiz. Jadi, aku pura-pura berlari-lari anak kepadanya apabila dia sedang merangkak di sekelilingnya untuk mencari cermin matanya. Aku dapat lihat setitik air mata dalam matanya.
Aku berkata sambil memberi cermin matanya, 'Budak-budak nakal itu memang pengacau.' Mereka benar-benar perlu mendapatkan balasan yang setimpal. 'Dia memandang aku lalu berkata, 'Hei! Terima kasih kerana cuba menyenangkan hati saya!'
Dia bersenyum lebar sambil memandang pada aku. Aku dapat lihat bahawa senyumannya itu menunjukkan perasaan terima kasihnya yang mendalam.
Aku membantu dia mengutip buku-bukunya, dan bertanya kepadanya mengenai tempat tinggalnya. Tanpa disangka, dia tinggal berhampiran aku. Aku menanya kepadanya dengan hairan, “Kenapa tidak pernah aku melihat kamu di daerah ini?”
Dia menjawabku dengan senyuman kecil, “Oh, itu kerana sebelum ini saya menghadiri private school.”
Aku menyedari bahawa aku tidak pernah berkawan dengan seseorang daripada sekolah swasta. Aku berasa seronok dapat berkawan dengan seorang murid sekolah swasta. Aku dan Hafiz berbual sepanjang jalan dan aku menolongnya mengangkat beberapa buah bukunya.
Semakin aku berbual dengannya, aku mendapati bahawa Hafiz merupakan seseorang yang aku senang berbual dengannya. Aku mengajak dia bermain bola sepak dengan rakan-rakan aku dan kita menikmati permainan bola sepak kita.
Kita meluangkan masa bersama pada hujung minggu dan aku mengetahui lebih mengenai Hafiz. Aku mendapati bahawa semakin aku meluangkan masa dengannya, aku lebih selesa dan menyukai keperibadiannya. Rakan-rakan aku pun mengkongsi sentimen aku. Aku terserempak dengan Hafiz pada pagi Isnin. Aku pun mendapati bahawa dia masih membawa bersamanya longgok buku-buk besarnya.
Aku berhenti didepannya dan mengatakan kepadanya, “Kamu pasti akan membina otot-otot pada tanganmu dengan timbunan buku-buku itu setiap hari!”
Hafiz ketawa dan memberi aku sesetengah dari longgok buku-buku yang sedang diangkatnya.
Aku dan Hafiz menjadi rakan baik setelah empat tahun berkawan. Semasa kami senior di sekolah peringkat tinggi, kita mula memikirkan mengenai kolej. Hafiz mahu ke Universiti Brown sementara aku mahu ke Univerisiti Havard. Aku mengetahui bahawa walau beberapa jauh kita berada, persahabatan kita akan tetap bertahan. Aku mempercayai bahawa persahabatan kita akan tetap teguh walau berapa jauh kita berada. Hafiz mengejar untuk sehelai ijazah untuk menjadi seseorang doctor sementara aku ke university untuk mengejar ijazah perniagaan atas biasiswa bola sepak.
Hafiz merupakan valedictorian kelas kita. Aku sering memanggilnya seorang nerd sebagai gurauan. Hafiz harus menyediakan satu ucapan untuk pengijazahan. Aku girang bahawa bukannya aku yang harus naik ke pentas untuk memberikan ucapan. Pada hari pengijazahan, aku nampak Hafiz. Dia kelihatan hebat.
Hafiz merupakan antara mereka yang menjumpa bakatnya semass sekolah peringkat tinggi. Dia semakin berotot dan kelhatan bagus semasa memakai cermin mata. Hafiz juga mempunyai lebih teman wanita daripada aku dan semua wanita menyukainya! Alangkah cemburunya aku.
Hari ini adalah antara hari-hari yang tidak disukai. Aku dapat melihat kebimbangan mengenai ucapan yang akan dibuat Hafiz tertulis di mukanya. Aku memberinya satu tamparan di bahunya dan mengata, “Hei! Jangan bimbang, kamu pasti akan membuat ucapan yang terbaik nanti!”
Dia memberiku satu-satu pandangannya yang menunjukkan perasaan terima kasihnya dan memberiku senyuman yang lemah.
' Terima Kasih,' katanya.
Ketika dia mula ucapannya, dia membersihkan kerongkongnya, dan memulakan ucapannya,
'Senggatan adalah satu masa untuk berterima kasih kepada mereka yang telah membantu kamu melalui tahun-tahun susah ini. Ibu bapa kamu, guru-guru kamu, adik-beradik kamu, mungkin seorang jurulatih...tetapi selalunya rakan-rakan kamu.... Aku mahu menceritakan kepada kamu semua bahawa menjadi seorang kawan kepada seseorang adalah hadiah terbaik yang kamu boleh memberikan mereka.
Aku akan menceritakan kepada kamu semua mengenai seseorang.”
Aku memandang Hafiz dengan penuh ketidakpercayaan ketika dia menceritakan mengenai hari pertama kita bertemu.
Ketika itu, Hafiz sedang bermain satu permainan di komputernya. Tiba-tiba, dia merasakan bahawa dia telah memasuki dalam alam permainan tersebut. Dia berasa takut sekali. Jantungnya berdetap- detup dengan kuatnya. Dia tidak tahu apa yang dia harus melakukannya.
Setelah itu, seorang watak yang memakai baju berwarna merah berjalan ke arahnya. Dia adalah salah seorang daripada watak permainan itu lalu berkata, "awak akan mati hari ini kerana awak adalah seorang yang nakal dan tidak mahu melakukan sesuatu untuk memperbaiki diri anda. Awak telah mengkhianati ibubapa anda!”
Seorang watak permainan lagi yang memakai baju berwarna putih berkata " Tidak! Dia tidak akan mati. Ada satu malaikat akan melindunginya. Dan dia akan diselamatkan oleh malaikat itu. Dia akan berubah dari seorang yang derhaka dari seorang anak yang soleh itu”.
“Bohong! Jangan dengar apa yang dikatakan olehnya! Dia hanya mahu menyenangkan hati awak!” kata watak yang memakai baju berwarna merah itu.
“Kalau begitu, kita lihat saja.” watak yang memakai baju berwarna putih itu berkata.
Hafiz telah bangun dari mimpinya itu. Dia telah tidur di depan komputer itu. Dia sedang mengimbas kembali apa yang dikatakan oleh kedua-dua watak itu. Dia tidak tahu siapa yang mahu dia percayai.
Tiba-tiba, dia teringat watak yang memakai baju berwarna merah itu berkata, “ ... Awak telah mengkhianati ibubapa anda!” Perkara itu memang betul. Dia telah memalukan ibu bapanya dengan gagal peperiksaannya ketika di sekolah swasta. Justeru, dia harus ke sekolah ini untuk bersambung pelajarannyan. Hafiz merupakan seorang yang kaya. Justeru, ibu bapanya berasa malu kerana mereka tidak tahu apa yang mahu dikatakannya kepada sanak-saudaranya.
Akhirnya, Hafiz telah mengikut kata-kata watak yang memakai baju berwarna merah itu. Dia bangun dari tempatnya lalu berjalan ke tempat gerobok yang mana dia telah meletakkan buku-bukunya itu. Dia mengambil bukunya semua untuk membakar kerana dia tidak pernah membuka muka surat buku-bukunya itu.
Hafiz telah merancang untuk membunuh dirinya pada hujung minggu itu.
Dia menceritakan bagaimana dia telah mengemaskan lemarinya di sekolah supaya ibunya tidak perlu mengemasnya apabila dia sudah mati. Setelah itu, dia membawa barang-barangnya ke rumahnya. Dia melempar aku pandangan yang keras lalu memberi aku senyuman kecil.
'Aku bernasib baik dan berterima kasih kerana diselamatkan pada hari itu. Rakan aku menyelamatkan aku daripada melakukan sesuatu yang tidak terkata.”
Aku terdengar cugapan melalui para hadirin ketika lelaki kacak dan popular ini menceritakan mengenai satu-satu masa kelemahannya.
Aku melihat ibu dan bapanya merenungi aku lalu mereka memberi aku sekuntum senyuman yang penuh berterima kasih. Senyuman itu bagaikan serupa dengan senyuman yang terhutang budi.
Aku melihat ibu Hafiz dan renungan ayahnya pada aku. Senyumannya begitu serupa senyuman terhutang budi. Aku tidak menyedari sehingga pada masa itu bahawa persahabatan yang telah aku hulurkan kepada Hafiz adalah amat bermakna. Aku juga menyedari bahawa setiap apa yang dilakukan kita akan menjejas orang-orang disekeliling kita. Dengan menghulurkan bantuan tanpa mengira, kita akan mendapati bahawa walau berapa kecil pertolongan itu, ia akan membawa akibat positif dan boleh mengubah kehidupan seseorang untuk lebih baik atau lebih buruk.
Tuhan telah meletakkan kita semua kepada setiap nyawa orang lain untuk mengimpakkan satu sama lain dalam pelbagai cara. Kita harus selalu mencari Tuhan dalam orang lain.
Seperti yang dikatakan, 'Rakan-rakan kita adalah malaikat-malaikat yang mengangkat kita ke arah lain dengan sayap-sayap kita. Kita harus selalu ada rakan-rakan yang boleh membantu kita ke arah yang benar agar kita tidak mengikut nafsu. Sebagai seorang anak juga, kita tidak boleh menyusahkan ibu bapa kita. Jika perkara ini berlaku, Tuhan tidak akan memaafkan diri kita. Kita harus insaf dahulu baru tuhan akan memaafkan kesilapan kita.
Justeru, kehidupan akan mula tetapi ia tidak akan berakhir. Perkara yang telah berlaku menjadi sejarah. Keesokan hari adalah satu rahsia. Justeru, setiap hari adalah satu hadiah bagi seseorang yang ada rakan baik yang selalu menghulurkan tangan untuk membantu ketika kesusahan. Rakan akan menolong sedaya upaya dengan arah kebaikan.
Siti Salmah Binte Hamid